BORNEO BANGKIT
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

HULU BERAU

Go down

HULU BERAU Empty HULU BERAU

Post  Admin Tue May 25, 2010 6:05 am

Hulu Berau
Jan 26 2009 / 10:43 pm Was written by No Comments Yet

From MAJALAH

Daerah Berau ini mempunyai amat ba­nyak sungai yang berpotensi diterokai pemancing kerana masih belum ternoda. Sungai-sungai besar di sini antaranya Sg. Mahakam (juga salah sebatang sungai terpanjang di dunia), Sg. Kahayan, Sg. Sotek, Sg. Kelai, Sg. Segah dan banyak lagi. Di antara sekian banyaknya sungai di Kalimantan Timur ini, terdapat pelbagai spesies ikannya termasuklah blackbass (tembaring / pantahan). kelah. hampala (sebarau), kaloi, kejor. nyenyuar. Bagarius yarrelli (kenerak) dan lain-lain.



Di kesempatan ini, saya akan cuba tuliskan perjalanan memancing saya di salah satu kola di Kalimantan Timur. di mana saya tinggal yaitu Tanjung Redeb. Berau yang mempunyai dua batang sungai besar dan banyak anak sungai yang cantik dengan spesies ikan sebarau. kaloi. kelah serta kejor yang masih banyak boleh kita jumpai


Kisah ini bermula Ketika saya berjumpa bapak Marty yang berasal dari Finland. Beliau salah seorang konsultan dari Eropah yang bertanggungjawab memberi pendedahan kepada pihak berkuasa tentang pelestarian dan perlindungan hutan hujan tropika di sini. Oleh sebab beliau yang sering keluar-masuk hutan dan berpengetahuan dalam dunia mengilat. maka dia lebih dahulu mengetahui potensi sungai-sungai di Berau ini.

Pada waktu itu, saya dan penggila pancing di Berau belum mengenal dunia mengilat karena sedikitnya informasi dunia memancing yang Kami dapat belajar dan mengerti. Waktu itu saya hanya dapat terkagum dan seiring berialannya waktu di mana majalah SIRIP serta dunia maya atau lebih dikenali Internet telah bercambah di kola kami. Maka sedikit demi sedikit saya cuba berkenalan dengan Komuniti memancing di tanah air.

Saya berjaya mengenali beberapa pe­mancing senior di Indonesia, antaranya Pak John Hambali, Adrianus, Wiwied, Acun dan lain-lain yang tidak bisa saya sebutkan satu ­persatu. Mereka semua sudah tidak asing lagi dalam dunia pemancingan baik nasional mahupun internasional di Indonesia, dan mereka sangat banyak memberi input teknik memancing dengan gewang seperti jigging, popping dan casting.

Saya cuba melaporkan trip memancing saya yang gagal dan beberapa foto yang pernah diberikan Marty ke salah satu forum pancing terbesar di Indonesia iaitu fishyforum. Tak sangka cerita ini disambut dengan luar biasa, kerana kita semua tahu spesies ikan di Berau ini juga sudah jarang ditemui di sungai-sungai lain di Indonesia
Admin
Admin
Admin

Posts : 25
Join date : 2010-05-11
Age : 53
Location : BANJARMASIN

https://borneobangkit.forumotion.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum